Searching...
Sunday 14 December 2014
21:19 0

[Fesyen Melampau] 18 Foto Selebriti "TAYANG" Di Karpet Merah

Antara fesyen agak melampau sudah biasa kita lihat jika selebriti ada yang tidak mengenakan bra ketika menghadiri sesi karpet merah. Tak tahulah itu mungkin satu trend atau mereka memang nak tarik perhatian agar semua orang notis akan kehadiran mereka. Kalau iye pun takkan sampai tak pakai bra kot. Kalau tebal kain yang dipakai tak apalah juga ini tidak, nipis sangat sehingga menampakkan bahagian dalam mereka. Buruk sangat! Kami kongsikan kepada anda beberapa selebriti yang boleh dikatakan gaya mereka agak melampau di karpet merah.




















21:11 0

Artis: Luahan Datuk Kaiser Gurmet Kepada Eina Azman Buat Ramai Jealous

ni merupakan luahan dan pengakuan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet sendiri yang mengatakan sejak bercinta dengan pelakon ini, dia tidak lagi makan menggunakan tangan sebaliknya akan disuap Eina Azman.



Ini kata Datuk Kaiser di Utusan:

Sejak bercinta dengan Eina lebih kurang setahun dulu, saya tidak lagi makan guna sudu atau tangan sebab Eina yang akan suap saya

Pengakuan ini menunjukkan bertapa romantiknya pasangan ini sehingga makan bersuap-suap dan sekaligus membuat orang ramai muntah kerana jealous.

Memang sayang betul Eina Azman in kepada suaminya itu. Semoga berkekalan dan bahagia sentiasa. Phewittt ~ sayang awak sampai 7E tutup xoxo.

21:06 0

Impian Bercuti Musnah, CCTV Di Bilik Mandi


KUALA LUMPUR: Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.

Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.

"Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling," kata Lim. 

"Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.

"Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera".

Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.

Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian. 

"Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay. 

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu," kata Lim. 

Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya.
20:54 0

5 Gambar Fesyen Ibu Hamil Sangat Menjolok Mata

Beritahariann.org - Terseksa Tengok Ibu Mengadung Berpakaian Seperti ini, apatah lagi Anak Kadungannya.. Memang sebelum mengandung, kalau wanita ingin pakai ketat atau seksi memang bukan satu masalah.

Tetapi bila dalam kandungan berusiah 5 atau 6 buan, mamang tidak sesuai untuk memakai pakaian sebegini. Tetapi jika kita orang islam tetap salah dan dosa. Apatah lagi jika ibu mengandung.
Bukan sahaja menyeksa diri sendiri, malah menyeksa bayi dalam kandungan juga. Apa salahnya kalau nak bertahan sampai 9 bulan sehinggah melahirkan bayi baru.



Read more: http://www.beritahariann.org/2014/12/5-gambar-fesyen-ibu-hamil-sangat.html#ixzz3LwI7mvEO
20:32 0

6 Foto Peribadi Putri Mardiana Ditangkap Basah Dengan Laki Orang Didedah ???

Pelakon yang sinonim dengan filem-filem seram, Putri Mardiana dilaporkan telah ditangkap oleh JAS kerana berkhalwat dengan suami orang, Shahrizam Abdullah.
Berita mengejutkan ini mula tersebar semalam dan menjadi perbualan hangat di laman sosial hari ini. Jom lihat kat SINI enam keping gambar Putri Mardiana paling seksi dan mengancam.
Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa seorang selebriti berstatus janda anak tiga yang berusia 33 tahun telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki di kondomium di Ukay Perdana.
Susulan kes tersebut, Astro Gempak telah menerima maklumat daripada sumber yang mengatakan bahawa selebriti itu adalah Putri Mardiana.
Malah, lebih mengejutkan pelakon tersebut dikatakan dicekup bersama lelaki berstatus suami orang. Lelaki yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah tersebut dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang baru berusia 2 tahun.
Selain itu, foto lelaki tersebut turut didedahkan oleh sumber yang mendakwa bahawa Shahrizam mula mengenali Putri Mardiana sejak setahun yang lalu. Berikut merupakan antara mesej yang disampaikan oleh sumber menerusi aplikasi whatsapp:
“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun.Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah. Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa.
Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang). Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la…Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.
Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’?”
 
Sumber : Portal Ohbulan




20:25 0

Kisah Malam Pertama Isteri Tak Tahan Sakit, Aduh Sakitnya Bang!!!!

Assalamualaikum.. ini kisah yang tak mungkin dapat dilupakan bagi pasangan yang baru berkahwin lagi-lagi pasangan dalam kisah ini. Kisah malam pertama isteri tak tahan sakit, aduh sakitnya bang... mengerang-ngerang si isteri. Kisah ini berlaku malam pertama pada waktu tengah malam. Ada ke berlaku di siang hari?.. mana tahu kan kalau dah sakit tak kira masa dan waktu. Sakit aduh..aduh..aduh sakitnya...


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… !
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak esak mengerang “… Sakitnya Bang”...

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”~........

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak:


“Ni apa kena ni???Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut!
CABUT SEKARANG JUGA!” ….

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya:

“Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?

Tamat sudah kisah malam pertama yang tak dapat dilupakan, agak-agak apa yang korang fikir masa baca kisah ni. Haha. Biasala salah faham itu la kalau sakit gigi jangan menjerit okey.? tahan sakit tu, kalau tak tahan juga gigit kain. Bahaya nanti orang salah faham, lagi-lagi malam pertama takpun malam Jumaat.. so komen-komen buat malu-malu kuceng pula daaaa~~~~~~~
Friday 12 December 2014
08:42 0

Penumpang mengamuk, pesawat AirAsia patah balik


Pramugari yang disimbah air panas
Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo. Video kejadian bakal menyusul - Siakapkeli.com.my



BANGKOK - THAILAND. Penerbangan Thai ke China terpaksa berpatah balik ke Bangkok setelah seorang penumpang menyerang seorang pramugari dengan menyimbah air panas, menurut syarikat penerbangan itu hari ini.

Menurut kenyataan penerbangan tambang murah AirAsia Thai, penumpang dari China menyewa penerbangan ke Nanjing memarahi kru pesawat sebelum menyimbahnya dengan air panas.

Kapten dan anak kapal kemudiannya memujuk penumpang berkenaan untuk berbincang di pejabat lapangan terbang selepas mendapati perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat.

Media China melaporkan mi segera turut dilempar bersama air panas tersebut.

Dalam satu klip video kelihatan seorang lelaki mengancam untuk meletupkan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun kenyataan syarikat penerbangan tidak menyatakan ancaman berkenaan. - Bangkok Post